
Tindakan kanak-kanak sangat tidak dapat dijangka, terbaru penyanyi dan komposer terkenal terpaksa membayar hampir RM 6K selepas anaknya tertumpahkan pewarna kuku di atas pakaian dalam butik pakaian.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja namun dia reda membayar RM5,593 dan membeli kesemua helaian baju serta seluar yang terkena bahan pewarna berkenaan.
“Saya nak jual kalau siapa yang nak. Saya tak kisah bayar walau bagaimanapun, semua ini bukan saiz saya.
Warna pengilat kuku kena sikit sahaja tapi saya faham ini memang peraturan kedai dan ini memang salah saya.
Siapa nak beli, boleh mesej (dm) saya. Saya pun tak tahu dah nak raya, tapi mungkin ini ujian buat saya,” katanya.
Penyanyi lagu Aku Datang itu berkongsi insiden tersebut di Instagram miliknya dan difahamkan seluar berjenama Levi’s yang harga asalnya lebih RM1,000 diturunkan serendah RM800 manakala baju pula dari RM 400 kepada RM300.
Tomok juga membuka DM-nya dan ingin menjual kesemua pakaian tersebut kepada sesiapa yang berminat.
Alahai, dugaan puasa ni Tomok…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



