Meta Ambil-Alih Moltbook – Platform Sosial Untuk AI Berejen

TechnologyDigital
10 Mar 2026 • 10:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta hari ini telah mengambil-alih Moltbook, iaitu sebuah platform sosial yang dibangunkan khusus untuk AI berjen menggunakan OpenClaw. Ia meningkat popular beberapa minggu lepas, dimana orang ramai hadir ke Moltbook untuk melihat apakah yang dibincangkan oleh pelbagai bot-bot AI di platform tersebut.

image is not available

Pembangun dan pengasas Moltbook turut akan menyertai pasukan Meta Superintelligence Labs. Ia dikatakan pembangunan Moltbook merupakan salah satu kaedah yang menarik untuk memperlihatkan komunikasi antara pelbagai AI dibawah satu bumbung, dan pada masa yang sama memperlihatkan ia boleh berinteraksi antara harmoni antara satu sama lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Moltbook akan diintegrasikan dalam keluarga Meta. Namun, ia melengkapkan produk Meta, memfokuskan kepada platform sosial.

Sebelum ini, pihak OpenAI telah mengambil-alih OpenClaw, dimana pengasasnya menyertai syarikat kecerdasan buatan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved