Tonjol sisi berbeza banduan

26 Sep 2025 • 1:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Orang ramai peluang melihat lebih dekat hasil kreativiti serta bakat banduan dari seluruh institusi penjara negeri sempena penganjuran MyPride Fest & Fair Zon Sabah 2025 yang bermula pada Rabu di Pusat Beli-Belah ITCC.

Dianjurkan Jabatan Penjara Malaysia acara menampilkan pameran, jualan dan aktiviti interaktif dari jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Jabatan Penjara Malaysia berkata pameran ini bertujuan mengubah persepsi masyarakat terhadap banduan di samping mengukuhkan hubungan dengan komuniti.

Memperlihatkan potensi program pemulihan serta kemahiran yang dapat dibangunkan oleh banduan untuk persediaan kembali ke masyarakat pada masa depan pengunjung boleh membeli pelbagai hasil kraftangan dihasilkan banduan dari Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Pusat Kota Kinabalu, PRP Tuaran, Penjara Tawau, Penjara Sandakan, Penjara Lahad Datu, Sekolah Henry Gurney Keningau dan Pusat Koreksional Labuan.

Menekankan aspek penglibatan sosial dan pemulihan pengisian pada Rabu antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak dan persembahan buskers Penjara Kota Kinabalu manakala program “Pesanan dari Penjara” yang berkongsi kisah kejayaan inspirasi di samping pertandingan pidato peringkat sekolah berlangsung pada Khamis.

Pada Jumaat Kementerian Kesihatan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan serta kempen derma darah melalui Unit Patologi dan Bank Darah Hospital Queen Elizabeth II.

Hujung minggu pula bakal dimeriahkan dengan persembahan budaya dan hiburan termasuk pertandingan karaoke klasik pada Sabtu sebelum program berakhir dengan majlis penutupan pada Ahad.

View Original Article