Tonton hoki Piala Dunia Malaysia-Sepanyol di skrin besar

22 Jan 2023 • 2:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Peluang peminat menyaksikan hoki Piala Dunia menerusi skrin gergasi di Dataran Merdeka dan Putrajaya pada jam 7 malam ini. - Foto FB Hannah Yeoh

BERITA baik buat peminat hoki yang berada di Lembah Klang untuk menyaksikan secara terbuka aksi Crossover Piala Dunia 2023 yang menemukan Malaysia dan Sepanyol di Stadium Kalinga Bhupaneswar, India malam ini.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan dua skrin gergasi untuk peminat menyaksikan perlawanan penentuan ke suku akhir itu yang dijadual bermula pada jam 7 malam ini.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dua lokasi skrin gergasi tersebut adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan pekarangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

"Yang tak balik kampung, malam ini dua lokasi big screen untuk saksikan team Hokita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023.

"Bagi memberi sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baharu Cina di Dataran Merdeka," ujar Hannah menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Ahad.

Sekiranya skuad bimbingan Arul Selvaraj berjaya melakar kemenangan malam ini, Malaysia bakal berdepan Australia di suku akhir Selasa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved