Tony Bennett Penyanyi Terkenal Amerika, Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

EntertainmentMusic
22 Jul 2023 • 11:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tony Bennett Penyanyi Terkenal Amerika, Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

SAN FRANCISCO (Amerika Syarikat), 22 Julai (Bernama-Anadolu) — Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Tony Bennett meninggal dunia pada usia 96 tahun di New York, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Penduduk San Franciscan berkumpul di hadapan patung Tony Bennett, yang terletak di luar Hotel Fairmont untuk memberi penghormatan kepada penyanyi ikonik itu, lapor Agensi Anadolu.

“I Left My Heart in San Francisco” dimainkan, diiringi oleh persembahan biola oleh Rose Crelli, bagi mengenang penyanyi itu.

Jurucakap Fairmont Hotel Michelle Heston berkata, “Kami menjalin kerjasama sejak berdekad lamanya bersama Tony Bennett dan keluarganya. Kami akan terus menghormati perkongsian ini.”

Kalungan bunga turut diletakkan di sekeliling patung penyanyi itu.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU