“Eh sama lah” – Netizen Terkejut Dengan Persamaan Perkataan Melayu Dan Bahasa Azerbaijan

Entertainment
22 Jul 2023 • 2:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang mungkin pernah tengok video beberapa warga dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia menyebuat istilah dan perkataan mengikut loghat masing-masing dalam bahasa Inggeris kan.

Sebenarnya ada beberapa perbezaan cara sebutan dan istilah walaupun pada dasarnya mereka bertutur dalam bahasa yang sama.

Namun, korang pernah tahu tak bahasa yang sangat jauh berbeza tetapi berkongsi perkataan dan istilah yang serupa.

Haa… kali ni min nak share dengan korang satu video persamaan perkataan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Azerbaijan. Mungkin ada dalam kalangan kita yang tak tahu pun kewujudan negara tu.

Korang cuba tengok video @monchatsplash dibawah ni.

@monchatsplash

Malay and Azerbaijani language challenge! Was so surprised that many of our words are similar – gotta thank those Arab traders and merchants, I guess #languagechallenge #malay #azerbaijani #singapore #sgtiktok

♬ اديش كان في ناس – فيروز

Eh sama lah

Bila tengok video ni, min pun terkejut gak. Banyak rupanya istilah dan perkataan yang sama antara bahasa pertuturan kita dan Bahasa Azerbaijan ni.

Rasanya mungkin sebab zaman dulu istilah dan perkataan ini dibawa oleh pedangang Arab kan, sebab tu sama.

image is not availableMemang tak dinafikan bahasa kita banyak dipengaruhi dengan bahasa Arab. Memang tersebar luas betul sampai negara yang beribu batu pun guna istilah yang sama kan.

image is not availableKalau korang nak update resume bahagian bahasa pertuturan tu boleh lah kot. Tapi kena ingat, tahu istilah dan perkataan tidak semestinya kita tahu bahasa itu sepenuhnya ye.

image is not availableKann… min pun baru tahu sebenarnya bahasa Melayu dan bahasa Azerbaijan ni guna banyak perkataan yang sama. Kalau pegi sana mungkin boleh faham sikit-sikit.

image is not availableOh sebenarnya ada juga perbezaan. Struktur ayat pun lain rupanya. Kena belajar banyak lagi ni kalau nak kuasai bahasa Azerbaijan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.