Tony Eusoff Dedah Digam Seumur Hidup Ke Negara Jiran

LocalEntertainment
30 May 2025 • 2:58 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Tony Eusoff Video Tular

Walaupun dah hampir satu dekad berlalu sejak kes dadahnya pada 2016, pelakon Tony Eusoff masih lagi tak dibenarkan masuk ke Singapura.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, di mana dia dah buat permohonan secara dalam talian sebanyak tiga kali, tapi masih belum terima sebarang respons.

“Saya digam seumur hidup tapi…”- Tony Eusoff.

image is not available

Tony mengakui bahawa larangan itu berpunca daripada kesilapannya sendiri dan dia tak menyalahkan sesiapa pun atas keputusan pihak berkuasa di sana.

Sebenarnya saya dilarang untuk masuk ke Singapura sehingga hari ini semenjak kes (dadah) saya dahulu (pada 2016). Dia digam seumur hidup tetapi boleh buat permohonan. Jadi saya sudah buat, sehingga kini tiada sebarang respons lagi.

Biarpun masih berharap akan diberi peluang kedua, Tony tetap reda dengan keputusan tersebut dan mengakui dia yang bersalah kerana tak menghormati undang-undang Singapura.

Saya akan cuba lagi, tetapi kalau mereka rasa tak layak untuk saya masuk, saya terima. Saya tak boleh salahkan sesiapa, itu salah sendiri. Saya akur yang diri ini tidak menghormati undang-undang mereka.

Tony berkongsi perkara ini kepada media ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Mencari Ramlee di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pssttt! Walaupun dah lama berlalu, setiap kesalahan tetap ada kesannya. Tony Eusoff tunjukkan sikap bertanggungjawab bila dia tak menyalahkan sesiapa. Mungkin ini jadi pengajaran bukan je pada selebriti, tapi juga pada kita semua, sekali tersilap langkah, jalan balik tu tak semudah yang disangka.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.