Tony Fernandes Letak Jawatan CEO AirAsia X Berhad

Business & Finance
31 Oct 2022 • 10:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tan Sri Tony Fernandes dilapor telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Berhad (AAX) selepas empat bulan beliau menyandang jawatan tersebut, maklum syarikat itu hari ini.

Menurut laporan The Edge Markets, peletakan jawatan CEO tersebut adalah disebabkan beliau mempunyai komitmen lain.

Bagaimanapun difahamkan, peletakan jawatan tersebut belum disusuli dengan penggantian muka baharu bagi mengganti posisi ahli perniagaan berusia 58 tahun berkenaan.

Imbas kembali, Fernandes pertama kali dilantik sebagai pemangku CEO kumpulan AAX serta Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 8 Julai lepas ekoran peletakan jawatan CEO terdahulu, Nadda Buranasiri.

Sebelum ini Buranasiri memegang jawatan CEO pada April, namun beliau turut bertindak melepaskan jawatannya selaku CEO Thai AisAsia X Co Ltd (Thai AAX).

Bagaimanapun dalam pengumuman yang dipinda kepada Bursa Malaysia pada 14 Oktober lepas, ia menyatakan Fernandes juga dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas.

Difahamkan, Fernandes bertindak meletak jawatan hanya beberapa hari selepas AAX mengumumkan rangka pelan cadangan komprehenshif untuk menetapkan syarat Practice Note 17 (PN17).

Hal ini berikutan daripada tempoh lanjutan masa yang diberikan oleh Bursa Securities pada 26 Oktober untuk AAX menyelesaikan latihan korporatnya yang diumumkan Mei tahun lepas.

Berita selanjutnya menyusul.