Tony Fernandes Letak Jawatan Sebagai CEO Kumpulan AirAsiaX

31 Oct 2022 • 8:01 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tony Fernandes - Gambar AFP

KUALA LUMPUR - Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan itu berkata peletakan jawatan tersebut disebabkan Fernandes mempunyai komitmen lain.

Makluman itu tidak memberikan sebarang alasan lain untuk peletakan jawatan tersebut.

AAX melantik semula Fernandes sebagai CEO Kumpulan pada Julai 2022. 

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL