Tony Pua biadab, Anwar perlu ambil tindakan - UMNO Kelantan

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 1:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tony Pua biadab, Anwar perlu ambil tindakan - UMNO Kelantan
Noor Hariri menyifatkan kenyataan Tony Pua sindiran melampau, malah didakwa mempunyai unsur hasutan yang boleh mendorong rakyat membenci serta mempertikaikan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

KOTA BHARU - UMNO Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengambil tindakan serius terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.

Ia susulan kenyataannya di Facebook yang didakwa mempersendakan dan mempersoalkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pengurniaan lega hukum bagi tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor berkata, ia bukan sahaja bersifat sindiran melampau, malah didakwa mempunyai unsur hasutan yang boleh mendorong rakyat membenci serta mempertikaikan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

"Tindakan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai pendirian DAP dan PH apabila tiada teguran dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti terhadap kenyataan tersebut.

"Perilaku Tony Pua ini direstui oleh DAP dan PH kerana tidak ada langsung teguran daripada pimpinan atasan parti mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Noor Hariri, pendirian itu berbeza dengan UMNO yang sentiasa menjunjung tinggi hak dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau meminta Anwar mengambil serius perkara berkenaan kerana ia membabitkan penghormatan terhadap institusi raja negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved