UMNO Kelantan Minta Anwar Ibrahim Ambil Tindakan Terhadap Tony Pua

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 4:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

UMNO Kelantan Minta Anwar Ibrahim Ambil Tindakan Terhadap Tony Pua

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini media melaporkan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua didakwa telah mempersendakan institusi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berkaitan isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan tersebut, Tony Pua turut mengatakan mungkin segala pertanyaan patut ditanya kepada pihak istana untuk rakyat mendapatkan pencerahan.

UMNO Kelantan gesa Anwar Ibrahim ambil tindakan terhadap Tony Pua

Terbaharu ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tony Pua, UMNO Kelantan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil tindakan terhadap Tony Pua.

Jelas Timbalan Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor perkara tersebut tidak hanya bersifat sindiran melampau tetapi turut mendakwa ada unsur hasutan yang boleh mendorong rakyat membenci dan mempertikaikan hak prerogatif YDPA.

Tindakan Tony Pua timbulkan persoalan terhadap pendirian DAP dan PH

“Tindakan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai pendirian DAP dan PH apabila tiada teguran dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti terhadap kenyataan tersebut.

“Perilaku Tony Pua ini direstui oleh DAP dan PH kerana tidak ada langsung teguran daripada pimpinan atasan parti mereka,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Kata beliau lagi, pendirian tersebut berbeza dengan UMNO yang sentiasa menjunjung tinggi hak serta kedaulatan YDPA sebagai Ketua Negara seperti yang telah termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, Hariri meminta agar Perdana Menteri untuk mengambil serius hal tersebut. Ini kerana ia melibatkan penghormatan institusi raja negara.

UMNO gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap Tony Pua

Dalam pada itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas Tony Pua ekoran perkara itu.

Malah beliau menyifatkan hantaran daripada pemimpin DAP itu sebagai biadap.

“Saya meneliti hantaran biadap Tony Pua, pemimpin DAP di Facebook yang secara terang-terangan mempersendakan institusi YDPA berhubung pengampunan bersyarat Najib Razak.

“Selain mempersendakan, jelas Tony Pua mempertikaikan kuasa YDPA dalam Lembaga Pengampunan.

“Kenyataan telah mengundang mereka yang biadap membuat komen-komen menghina seorang Raja Berdaulat,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Asyraf bagi pihak UMNO turut bertanya adakah pihak berkuasa Kerajaan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Peguam Negara boleh membiarkan isu tersebut.

Kegagalan ambil tindakn beri isyarat yang salah kepada kerajaan yang dipimpin Anwar Ibrahim

“Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas akan memberikan isyarat yang salah bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri takut untuk bertindak terhdap DAP,” ujarnya.

Asyraf turut berpendapat ia bukanlah kali pertama Tony Pua menghina institusi Raja-Raja Melayu.

“Sebelum ini beliau mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung penghayatan terhadap Rukun Negara.

“Kebiadapan melampau ini tidak boleh dimaafkan tetapi mesti dikenakan tindakan tegas. Kegagalan pihak berkuasa bertindak dikhuatiri akan menyebabkan orang-orang Melayu bangkit sehingga boleh mencetuskan keadaan yang tidak dapat dijangkakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved