Topi Dengan Panel Solar Dilancarkan Oleh Eco Flow

TechnologyDigital
5 Aug 2024 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apabila pergi mengembara atau berkelah, isu mengenai bekalan kuasa untuk peranti yang dibawa diselesaikan dengan membawa powerbank. Tetapi apabila powerbank kehabisan kuasa, apakah yang boleh dilakukan? EcoFlow syarikat yang mengeluarkan pek kuasa tinggi mudah alih kini melancarkan pula topi dengan panel solar yang menyelesaikan isu ini.

image is not available

Dengan panel solar pada permukaan, topi EcoFlow Power Hat boleh mengecas bateri 4000 mAh dalam masa 3-4 jam bergantung pada kekuatan sinar matahari dengan output maksimum 12W. Terdapat port pengecasan USB-C dan USB-A terbina dengan berat keseluruhan Power Hat ialah sekitar 370 gram.

image is not available

Apabila tidak dipakai ia boleh dilipat dan disimpan di dalam beg tanpa merosakkan panel solar terbina. Ia juga melepasi piawaian IP65 yang menjadikannya boleh digunakan walaupun ketika hujan. EcoFlow Power Hat dijual pada harga $129 (~RM572) sebuah bermula September dengan dua saiz ditawarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved