EcoFlow Power Hat Ialah Topi Yang Boleh Mengecas Telefon Pintar

TechnologyDigital
5 Aug 2024 • 4:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terfikirkah kita untuk mengecas sebuah telefon pintar dengan hanya menggunakan aksesori yang versatil seperti topi? Keadaan ini sebenarnya boleh dilakukan menggunakan produk baharu EcoFlow Power Hat.

image is not available

Ia dihasilkan dengan sokongan panel solar sepenuhnya agar boleh menghasilkan tenaga elektrik daripada sinar matahari. Dalam masa sama rekaannya juga boleh dilaraskan untuk keselesaan pengguna tanpa menghalang penglihatan. Selain mudah dilipat dan dimuatkan ke dalam beg galas bagi tujuan simpanan yang mudah sekaligus menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti luar.

image is not available

EcoFlow Power Hat juga dikatakan boleh mengecas penuh sebuah telefon pintar dengan kapasiti bateri 4000mAh dalam masa 3 – 4 jam melalui kelajuan pengecasan sekitar 12W. Dalam masa sama menawarkan dua port khusus iaitu USB-A/USB-C bagi tujuan berkenaan yang turut boleh mengecas pelbagai lain peralatan kecil lain seperti kipas leher, fon telinga dan sebagainya.

image is not available

Melengkapinya juga penarafan kalis air IP65 yang boleh digunakan dengan baik dalam pelbagai persekitaran. Turut disediakan ialah beg pelindung dan tali khusus untuk setiap pembeliannya. EcoFlow Power Hat ini dijual bermula $129 (~RM570) dengan ketersediaan hanya di Amerika Syarikat setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved