Topik Anjak Waktu Di Semenanjung Malaysia Jadi Perdebatan Hangat Netizen

4 Feb 2023 • 6:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Kembalikan GMT +7” – individu

Topik Anjak Waktu Di Semenanjung Malaysia Jadi Perdebatan Hangat Netizen. Seperti yang kita sudah sedia maklum, waktu di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung adalah berbeza. Namun, perubahan waktu Persekutuan Melayu telah beberapa kali diubah untuk menyesuaikan ‘Waktu Piawai Malaysia’ iaitu menggunakan GM +8.

Baru-baru ini telah menjadi topik debatan hangat yang berlaku di laman sosial Twitter, di mana netizen mulai pertikaikan Malaysia menggunakan GM +8 dan menganggap bahawa ianya telah mencacatkan zon masa seperti yang dikongsi individu ini.

image is not available
Topik Anjak Waktu Di Semenanjung Malaysia Jadi Perdebatan Hangat Netizen. Sumber: Twitter

Individu ini menentang Waktu Piawai Malaysia guna GM +8

Pada mulanya individu ini petik ciapan dari berita di mana kerajaan cadang sesi persekolahan bermula pada pukul 8 pagi. Namun cadangan itu ditentang oleh netizen malah pertikaikan Waktu Piawai Malaysia dengan kapsyen:

Kembalikan GMT +7. Tengok lah betapa cacatnya time zone ni. Bang*ng punya Mahathir”

Ciapan individu ini turut mengundang debat netizen untuk anjakkan waktu di Semenanjung Malaysia. Menerusi gambar yang diciap individu tersebut, Malaysia berada di dalam kawasan masa GM +7 iaitu sama dengan Thailand, Jakarta, Cambodia, Laos, Vietnam dan juga seangkatan dengannya.

image is not available
Topik Anjak Waktu Di Semenanjung Malaysia Jadi Perdebatan Hangat Netizen

Netizen tidak bersetuju dengan pandangan individu tersebut

Akan tetapi, jika ikutkan zon masa, Malaysia mengikut kawasan GM +8 iaitu di dalam kawasan yang sama dengan Brunei, Filipina, China, Indonesia dan seangkatan dengannya.

Ciapan individu ini tidak disetujui oleh netizen bahkan menyokong bahawa Malaysia mengikuti zon masa GM +8. Ada yang menjelaskan bahawa GM +8 ini berfungsi baik di Sabah dan Sarawak dan juga dari segi ekonomi kita yang serupa dengan Singapura dan juga seluruh Asia Pasifik.

GMT kita ikut Hong Kong/ China untuk memudahkan urusan perdagangan antara 2 negara sebab diorang ni antara ekonomi negara perdagangan terpenting dunia.”

netizen

image is not available

image is not available
Topik Anjak Waktu Di Semenanjung Malaysia Jadi Perdebatan Hangat Netizen

Selain itu, ini penjelasan sepenuhnya mengapa waktu Semenanjung diawalkan 30 minit mengikut Sabah Sarawak. Lihat pautan di bawah: