
Nama Toprak Razgatlioglu kini terpahat kukuh dalam sejarah Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) sebagai salah seorang pelumba paling berbakat dan konsisten era moden. Pelumba kelahiran Turki ini telah berjaya meraih tiga gelaran juara dunia iaitu satu bersama Yamaha dan dua bersama BMW, sekaligus membuktikan keupayaannya merentasi pelbagai pasukan dan jentera.

Toprak mula mencuri tumpuan global apabila memecahkan dominasi Jonathan Rea pada musim 2021. Dengan jentera Yamaha YZF-R1, dia tampil agresif dan teknikal, mempamerkan gaya tunggangan yang unik dan penuh keberanian di bawah brek dan ketepatan ketika masuk selekoh. Kejuaraan musim itu bukan sekadar kemenangan peribadi tetapi juga kejayaan pertama Yamaha sejak tahun 2009 dalam WorldSBK.

Selepas berpindah ke pasukan ROKiT BMW Motorrad, ramai yang meragui potensinya. Namun Toprak segera menutup mulut pengkritik dengan menjuarai dua musim berturut-turut (2024 dan 2025) dengan jentera BMW M 1000 RR. Kejayaan ini bukan sahaja melonjakkan reputasinya malah menjadikan beliau sebagai pelumba pertama yang membawa BMW ke takhta tertinggi WorldSBK.
Gaya tunggangannya yang agresif digabung dengan ketekalan strategi perlumbaan menjadikan Toprak simbol keseimbangan antara bakat semula jadi dan kecerdasan perlumbaan. Kini dengan tiga gelaran dunia dalam genggaman, dia bersedia membuka lembaran baharu dalam kariernya dengan memasuki dunia MotoGP pada musim 2026 bersama Pramac Yamaha.
Toprak Razgatlioglu bukan sekadar pelumba malah dia ikon baru dalam dunia sukan dua roda.
The post Toprak Kini Rangkul 3 Kali Gelaran Juara Dunia WSBK appeared first on TW Media.

