Toreh Perut Dan Dibakar Untuk Sembunyi Kehamilan, Netizen Panas Hati GF Backup Pembunuh

25 May 2023 • 1:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Enggan sembunyi hamil anak luar nikah, mangsa dibunuh dengan kejam

Toreh Perut Dan Dibakar Untuk Sembunyi Kehamilan, Netizen Panas Hati GF Backup Pembunuh. Sebuah kes bunuh berikutan perselisihan faham tentang kehamilan telah menggemparkan masyarakat di Sabak Bernam, Selangor.

Mangsa yang merupakan seorang wanita yang hamil empat bulan telah dipukul hingga mati, ditoreh perutnya dan kemudian dibakar hidup-hidup.

image is not available
Toreh Perut Dan Dibakar Untuk Sembunyi Kehamilan, Netizen Panas Hati GF Backup Pembunuh

“Biarkanlah apa yang terjadi ni, jadikan pengajaran, ambil iktibar untuk semua perempuan dekat luar sana” – kekasih suspek

Kes tersebut telah tular dan menjadi buah mulut netizen di semua platform sosial. Apa yang membuatkan netizen bengang apabila kekasih suspek yang kini memuat naik video di laman Tiktoknya.

Menerusi kapsyen wanita tersebut, kekasihnya (suspek) merupakan orang yang baik dan menyangka keadaan yang memaksa kekasihnya untuk bertindak sebegini.

image is not available

‘Suspek mengenali mangsa sejak setahun lalu dipercayai naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaannya untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah tersebut’

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Agus Salim, suspek yang dikenali sebagai teman lelaki mangsa telah mengenali mangsa selama setahun.

Perselisihan muncul apabila suspek mahu mangsa menyembunyikan kehamilan di luar nikah mereka. Walau bagaimanapun, permintaannya tersebut ditolak oleh mangsa yang membuatkan suspek naik berang dan mengamuk sehingga mengakibatkan mangsa meninggal dunia.

image is not available

Suspek ini kemudian melakukan perbuatan yang lebih kejam dengan menoreh perut mangsa yang hamil dan membakar mayatnya di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau. Tidak hanya itu, suspek malah datang ke tempat kejadian keesokan harinya dan membakar lagi mayat mangsa menggunakan minyak petrol.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: