Touch n Go eWallet Kini Membolehkan Anda Mengimbas Semua Kod QR – Tidak Lagi Perlukan Aplikasi Pengimbas QR Tambahan Pada Telefon

Digital
26 Aug 2025 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet kini telah mengemaskini aplikasi mereka, dengan memfokuskan pada sokongan pengimbas kod QR. Melalui kemaskini baharu, Touch n Go eWallet menaik-taraf sokongan pengimbas kod QR, dan ia kini tidak lagi terhad untuk kod QR memfokuskan pembayaran sahaja.

image is not available

Sebaliknya, anda boleh mengimbas sebarang kod QR lain, termasuk pautan web, borang pendaftaran, dan lain-lain terus menggunakannya. Cubaan kami sendiri melihat ia berfungsi lancar dan pantas, termasuk membawa pengguna ke pelayar web sekiranya ia membuka pautan.

Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi memerlukan pengimbas kod QR tambahan pada telefon pintar mereka. Untuk makluman, beberapa telefon pintar tidak menyokong pengimbas kod QR pada aplikasi kamera, memerlukan pengguna memasang aplikasi khusus untuknya. Memandangkan Touch n Go eWallet kini mengintegrasikannya, maka anda tidak lagi perlu memasang aplikasi pengimbas kod QR lain.