Touch n Go eWallet Menguji Rekaan Antaramuka Baharu – Bahagian Bayaran Berpindah Ke Menu Bawah

TechnologyDigital
26 Dec 2024 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet kini dilihat menguji rekaan antaramuka baharu yang membawa perubahan kepada susunan menu – terutamanya melibatkan bayaran.

Melalui perubahan baharu ini, kini Touch n Go eWallet tidak lagi memaparkan menu bayaran seperti untuk imbasan dan bayaran pada bahagian atas, tetapi ia dipindahkan ke bahagian menu bawah dibahagian tengah. Semua menu berkaitan bayaran disatukan dalam satu ikon, dan pengguna boleh memilih untuk mengimbas, dan membayar dengan mudah.

image is not available

Sebaliknya, pada bahagian atas, ia memaparkan menu untuk melihat aliran tunai, akses pantas untuk memohon sejumlah perkhidmatan, memindahkan duit, dan juga untuk melihat kad TNG atau Visa anda. Menu ini masih tidak boleh diubah-suai, dan mungkin membuatkan beberapa pengguna tidak menyukai susunan baharu ini berbanding sebelumnya – memandangkan tidak semua menu akan diakses oleh semua pengguna.

Kemaskini ini dilihat sedang diuji melibatkan sejumlah kecil pengguna, dan tidak diketahui lagi sama ada akan menjadi rekaan baharu untuk semua atau sebaliknya.