Touch n Go lancar GOrewards di eWallet, dapat hingga 10x mata untuk setiap RM1

8 Nov 2023 • 3:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bayar tanpa tunai guna Touch n Go eWallet kini lebih menguntungkan kerana Touch n Go telah melancarkan program mata ganjaran GOrewards hari ini. Ia sebenarnya telah diaktifkan mulai 6 November, dan kini diumumkan secara rasmi dengan lebih banyak peniaga menawarkan promosi istimewa.

Ganjaran eWallet paling bernilai

Menurut Touch n Go, GOrewards adalah program ganjaran paling bernilai untuk eWallet di Malaysia. Ini kerana ia meliputi lebih 1 juta peniaga dalam dan luar talian di seluruh negara. Malah, ia juga menawarkan kadar terbaik, belanja RM1 terima 1 mata.

Manakala 100 mata boleh ditebus kepada nilaian RM1. Dalam kata lain, pengguna menikmati rebat 1% untuk setiap perbelanjaan dengan Touch n Go eWallet.

image is not available

Mata Bonus GOrewards sehingga 6x

Touch n Go eWallet telah bekerjasama dengan beberapa peniaga untuk tawaran mata ganjaran lebih tinggi, sehingga 6x ganda. Jadi, setiap RM1 yang dibelanjakan melalui Touch n Go eWallet, pengguna akan menerima 6 mata GOrewards. Ia bersamaan rebat 6%.

Berikut adalah senarai rakan strategik Touch n Go eWallet yang menawarkan mata berganda:

  • Kenny Rogers Roasters – 6x
  • ZUS Coffee – 6x (November 2023 sahaja, 3x selepas itu)
  • Baskbear – 5x
  • Tealive – 5x
  • 7 Eleven – 2x
  • BHP – 2x
  • CTOS – 2x
  • CelcomDigi – 2x
  • Taco Bell – 2x
  • Watsons – 2x

image is not available

Selain rakan strategik di atas, pengguna yang membeli produk insuran AIA di dalam Touch n Go eWallet mulai 14 November, akan mendapat 10x mata ganjaran mengikut nilai Insure360 yang dibeli.

Aktifkan GOrewards sekarang

Sebelum mula mengumpul mata ganjaran GOrewards, pengguna perlulah mengaktifkannya terlebih dahulu di dalam aplikasi Touch n Go eWallet. Selain itu, mata ganjaran GOrewards sah selama 6 bulan sahaja selepas diperolehi. Jadi jangan lupa untuk menebusnya sebelum ia luput.

image is not available
Katalog penebusan mata GOrewards

Pemberian mata ganjaran GOrewards masih terhad kepada transaksi pembelian yang menggunakan Touch n Go eWallet dan kad Visa TNG eWallet sahaja. Penggunaan melibatkan pembayaran tol dan meletak kenderaan, termasuk PayDirect dan RFID masih tidak termasuk dalam program mata ganjaran ini.

Untuk maklumat lanjut tentang program ganjaran Touch n Go, boleh layari laman web GOrewards.

Bacaan Berkaitan