‘Tour’ Dari Sabah Ke Sarawak, Impian YDP Agong Akhirnya Tercapai Bakal Rasmi Pan Borneo

14 Aug 2023 • 3:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kembara Borneo bersama YDP Agong mulai September ini

‘Tour’ Dari Sabah Ke Sarawak, Impian YDP Agong Akhirnya Tercapai Bakal Rasmi Pan Borneo. Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri bakal merasmikan laluan Pan Borneo yang menghubungkan Tawau, Sabah hingga ke Telok Melano.

Kembara Borneo bersama YDP Agong ini dijangka akan bermula pada bulan September ini.

image is not available
‘Tour’ Dari Sabah Ke Sarawak, Impian YDP Agong Akhirnya Tercapai Bakal Rasmi Pan Borneo

Beliau mengidam memandu di lebuhraya Pan Borneo serta dekati rakyat Sabah Sarawak

Menariknya, sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menzahirkan keinginannya untuk memandu sendiri di lebuhraya Pan Borneo.

Beliau mengidam untuk merasai pengalaman memandu di lebuhraya tersebut sambil menikmati keindahan alam semula jadi Sabah dan Sarawak.

“Menjadi impian beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini. Khusus untuk beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.”

image is not available

Berikut adalah butiran Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku:

  • Tarikh: 3 September 2023 – 13 September 2023 (berdurasikan 11 hari)
  • Jarak: Jumlah jarak melibatkan lebih daripada 2,154 km
  • Laluan: Jalan darat lebuh raya Pan Borneo yang merentasi Sabah, Brunei, dan Sarawak.

image is not available

Kembara baginda melalui jalan darat melalui Lebuhraya Pan Borneo pada September 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, telah berkongsi maklumat mengenai kembara ini menerusi laman Facebook beliau. Beliau mempengerusikan sesi taklimat bertajuk “Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku” yang diadakan di Bangunan Perdana Putra.

Tujuan sesi taklimat ini adalah untuk memperhalusi cadangan serta gerak kerja Kembara yang bakal berlangsung di Sabah dan Sarawak.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: