Penganjur Borneo Sonic Sahkan 4 Kpop Idol Antara Lineup Bakal Gegarkan Kuching

8 Aug 2023 • 12:13 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Borneo Sonic sahkan 4 artis K-pop yang yang bakal gegarkan pentas stadium.

Penganjur Borneo Sonic Sahkan 4 Kpop Idol Antara Lineup Bakal Gegarkan Kuching. Pada bulan lepas, Konsert Rakyat sempena sambutan Hari Sarawak yang ke-60 tahun meriahkan Kuching.

Kini, ada satu lagi festival muzik yang kembali menggegarkan Kuching dengan beberapa artis lineup antarabangsa dan antaranya adalah artis dari Korea Selatan.

image is not available
Penganjur Borneo Sonic Sahkan 4 Kpop Idol Antara Lineup Bakal Gegarkan Kuching

Bakal berlangsung selama 2 hari di Stadium Sarawak

Salah satu festival muzik terbesar di Borneo, iaitu Borneo Sonic Festival yang bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober 2023 bertempat di Stadium Sarawak di Kuching.

Beberapa hari lepas, kedatangan artis Korea Selatan, Rain, ke Kuching telah disambut meriah oleh peminatnya di Kuching. Jadi, tidak mustahil acara Borneo Sonic ini bakal disambut luar biasa oleh penduduk Sarawak bahkan juga pelancong dari luar negara.

image is not available

@borneosonic.mf If the hints are not hinting, here’s a few more that may help. Side note, thank you for being here with us so early on. Love getting all your messages and DMs. Dropping the line up reallllllll soon. #BorneoSonicMF2023 #kuchingsarawak #sarawak #musicfestival #borneo ♬ original sound – borneosonic.mf

4 orang artis tempatan dan juga 4 kpop idol

Menerusi kongsian di laman Tiktok Borneo Sonic, pihak penganjur sahkan bahawa terdapat 4 orang artis tempatan dan juga 4 kpop idol yang bakal menggegarkan Stadium Sarawak, Kuching.

Ramai netizen mencadangkan Taeyang dari kumpulan Big Bang antara line up yang bakal gegarkan pentas stadium.

image is not available
Penganjur Borneo Sonic Sahkan 4 Kpop Idol Antara Lineup Bakal Gegarkan Kuching

Kalau korang, rasa-rasanya siapa yang bakal membuat persembahan di Stadium Sarawak. Bolehlah korang tinggalkan komen di postingan kami!

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: