Pemain perseorangan sedia gegar Kejohanan Dunia

1 Aug 2026 • 9:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemain perseorangan sedia gegar Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen percaya pemain perseorangan negara berada di landasan tepat untuk menghadapi Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India dari 17 hingga 23 Ogos ini.

Menurutnya, dua kejohanan terakhir iaitu Terbuka Jepun dan Terbuka China menjadi platform terbaik buat barisan kejurulatihan menilai prestasi pemain, selain mengenal pasti aspek yang masih perlu diperkemaskan sebelum saingan paling penting musim ini.

Justeru, beliau mahu tempoh berbaki sebelum kejohanan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pemain bagi memastikan mereka tampil dengan aksi terbaik apabila turun berentap di pentas dunia nanti.

“Apa yang pasti, pemain-pemain sudah menampilkan aksi cukup baik setakat ini, tetapi berdasarkan dua kejohanan sebelum ini, masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum ke Kejohanan Dunia.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kemampuan pemain-pemain kerana mereka berada dalam keadaan cukup positif. Ini menunjukkan pemain-pemain mampu untuk beraksi di tahap tertinggi,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Pada masa sama, jurulatih dari Denmark itu turut berpuas hati dengan perkembangan dipamerkan pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Leong Jun Hao meskipun terkandas lebih awal pada Terbuka Jepun dan Terbuka China sebelum ini.

Bagaimanapun, Jonassen menegaskan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki bukan sahaja buat Jun Hao, malah Justin Hoh jika kedua-duanya mahu muncul sebagai pencabar konsisten di pentas antarabangsa.

“Mereka berada dalam fasa proses jangka panjang dan masih ada standard perlu dimasukkan dalam latihan mereka. Kami perlu berikan fokus secara terperinci untuk mencapai tahap tertinggi dunia,” ujarnya.-UTUSAN

The post Pemain perseorangan sedia gegar Kejohanan Dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved