‘Toyol’ Kecil Panjat Perumahan Di Demak Tengah Malam Buta

17 Jul 2023 • 5:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang budak kecil panjat rumah orang di perumahan Pristana Garden Demak

Toyol Kecil Panjat Perumahan Di Demak, Tengah Malam Buta. Baru-baru ini, seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai seorang ‘toyol’ kecil memanjat rumah di kawasan Pristana Garden Demak.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, individu tersebut menyatakan bahawa budak kecil itu memanjat kawasan perumahan itu seperti seorang profesional, bahkan selongkar peti surat untuk mencari kunci tuan rumah.

image is not available
Sumber: facebook

Lihat menerusi CCTV

Difahamkan, perkongsian itu telah dilihat semula menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah yang dipanjat dan di ‘survey’ budak kecil itu.

“Untuk orang yang tinggal di kawasan Pristana Garden Demak, saya mahu mencari siapa punya anak ni, panjat rumah orang tengah malam buta, report polis akan dibuat hari ni.

“Kecil-kecil dah panjat rumah orang, macam expert dia survey kawasan rumah orang, sampai peti surat diselongkar untuk cari kunci rumah orang,” tulis individu itu di laman Facebook miliknya.

image is not available
Sumber: facebook

Berpesan supaya jiran tetangga berhati-hati   

Dalam pada itu, dia turut berkata, bagi sesiapa yang mengenali budak tersebut, maklumkan kepadanya bagi keselamatan semua jiran tetangga.

image is not available
Sumber: facebook

“Kepada jiran tetangga, hati-hati. Ada toyol kecil mula beroperasi di kawasan kita ni. Saya rasa ada orang lain bersamanya, mungkin ada orang bagi arahan untuk buat survey rumah kawasan ni rasanya,” tambahnya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan: