Wanita Warga Emas Suka Curi Pasu Bunga Pagi Buta ‘Kantoi’ Dirakam CCTV

13 Jul 2023 • 1:26 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kantoi gara-gara rakaman CCTV

Wanita Warga Emas Suka Curi Pasu Bunga Pagi Buta ‘Kantoi’ Dirakam CCTV. Seorang wanita warga emas dirakam sedang mencuri pasu bunga di Kallang, Singapura, pada awal pagi kelmarin, mengikut laporan daripada laman berita Stomp.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) hitam putih menunjukkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 5.04 pagi (waktu tempatan). Rakaman tersebut kemudian dikongsi oleh pengguna Instagram yang bernama Jeremy.

image is not available
Wanita Warga Emas Suka Curi Pasu Bunga Pagi Buta ‘Kantoi’ Dirakam CCTV. Kredit: Google

Video itu menunjukkan wanita itu berjalan ke arah pasu sambil memegang beg plastik kosong.

Kemudian, wanita itu membongkok dan kelihatan seperti mengambil sesuatu dari lantai. Selepas beberapa saat, dia berdiri tegak dan berpatah balik dengan beg plastik yang kelihatan berisi.

image is not available

“Makcik, kali pertama anda ambil (pasu bunga), saya menganggapnya sebagai sedekah. Sekarang, anda mengambil begitu banyak pasu bunga. Tua tidak bermakna anda boleh mencuri. Saya benci orang mencuri,” demikian menurut keterangan video tersebut.

image is not available

Jeremy berkongsi bahawa dia berjaya mengetahui tempat tinggal wanita tersebut dan telah berkongsi video dengan pegawai polis di blok perumahan yang sama.

Baca lagi artikel menarik: