Toyota AE86 Initial D Versi Elektrik Dan Hidrogen Kini Menjadi Realiti

TechnologyDigitalCars
13 Jan 2023 • 2:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Terdapat banyak kenderaan ikonik dalam siri TV serta filem seperti KITT, Chitty Chitty Bang Bang dan Herbie yang mewarnai hidup kami. Bagi peminat animasi Jepun, mungkin tiada kenderaan yang lebih ikonik berbanding Toyota AE86 daripada anime Initial D.Hari ini di Tokyo Auto Solon 2023, Toyota memperlihatkan kenderaan konsep Toyota AE86 Initial D versi kuasa elektrik dan hidrogen.

image is not available

Dari luar kenderaan ini mirip dengan edisi anime dengan nama Kedai Tauhu Fujiwara di sisi. Yang membezakannya dengan AE86 biasa ialah pelekat EV di sisi versi elektrik Sprinter Trueno dan pelekat H2 di sisi versi AE86 Trueno berkuasa hidrogen.

image is not available

Pada versi elektrik pek bateri diletakkan di but belakang dengan ia diambil daripada sistem yang digunakan pada Toyota Tundra HEV dan Prius PHEV. Dua tangki hidrogen pula diletakkan pada but belakang versi hidrogen yang dipinjam daripada Toyota Mirai. Kedua-dua kenderaan adalah sekadar konsep maka tidak akan ditawarkan kepada umum.

image is not available

Bagi yang masih inginkan produk rasmi Initial D dalam bentuk Toyota AE86, anda boleh memesan tetikus edisi terhad Initial D yang kami laporkan semalam.

image is not available