Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib Berjaya Dijumpai

LocalCars
19 May 2025 • 2:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib Berjaya Dijumpai

Toyota Alphard milik Pengerusi Masjid Al-Busyra, Merbok, Ustaz Mohd Firdaus Mat Akhir, yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu, kini telah berjaya ditemui.

Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh Ustaz Firdaus menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya, sebentar tadi.

Menurut beliau, kenderaan tersebut ditemui di Bukit Merah, semalam.

“Memang jelas itu kereta saya. Alhamdulillah, kereta berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan beberapa barangan berharga yang berada di dalam kenderaan tersebut seperti dron dan kamera miliknya tidak dijumpai.

@firdaus_firabib

update! Alhamdulillah Alphard dah jumpa!

♬ original sound – –

Terdahulu, kenderaan mewah bernombor pendaftaran VM 7515 itu dilaporkan hilang selepas dicuri di kawasan parkir sebuah hotel di Sungai Senam, Ipoh.

Insiden ini menjadi tular apabila Ustaz Firdaus berkongsi hal terbabit di media sosial miliknya, dan mendapat perhatian meluas apabila dikongsikan ramai.