Toyota bZ4X Kini Hanya Dipanggil 'bZ' di AS – Guna Pengecas Tesla

TechnologyCars
14 May 2025 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan elektrik (EV) Toyota kini hadir dengan wajah baharu dan nama baharu di pasaran Amerika Syarikat (AS). Model facelift Toyota bZ4X yang pertama kali diperkenalkan di Eropah kini dikenali hanya sebagai Toyota bZ di AS, lengkap dengan pelbagai penambahbaikan teknologi dan reka bentuk.

Tampil Moden

image is not availableimage is not available

Pada bahagian hadapan, Toyota bZ untuk pasaran Amerika hadir dengan rekaan hammerhead eksklusif Toyota yang telah ditambahbaik, termasuk lampu depan LED yang lebih tirus dan rekaan komponen ambilan udara yang lebih agresif. Rim yang dipasangkan juga kini lebih segar dalam reka bentuk baharu, dengan ukuran dari 18 ke 20 inci.

Selain itu, lengkungan roda kini menggunakan warna yang sepadan dengan badan, menjadikannya kelihatan lebih kemas dan moden berbanding model sebelumnya serta versi Eropah.

Kabin Lebih Mewah & Sarat Teknologi

image is not availableimage is not available

Ruang kabin bZ juga menerima pelbagai naik taraf, antaranya skrin infotainmen 14 inci yang kini didatangkan standard di dalam semua varian. Antara ciri baharu lain termasuk dua pad pengecas tanpa wayar, ciri pencahayaan ambien 64 warna dan pedal penukar gear khas untuk brek regeneratif. Segala ini menjadikan pengalaman pemanduan lebih selesa dan moden.

Lebih Kuasa, Lebih Jauh – Bateri & Motor Ditingkatkan

image is not available

Naik taraf paling ketara adalah dari segi sistem trenkuasa. Varian pacuan semua roda (AWD) kini menjana 338 hp, manakala versi pacuan hadapan (FWD) menghasilkan 221 hp. Ini menjadikan kedua-duanya lebih bertenaga berbanding model sebelumnya.

Jarak perjalanan Toyota bZ kini 25% lebih jauh dengan anggaran perjalanan sehingga 505 km. Peningkatan ini adalah disebabkan penggunaan bateri yang lebih besar, 74.7 kWj untuk kedua-dua varian FWD dan AWD. Sementara itu, varian FWD versi asas pula dipasangkan dengan bateri lebih kecil, 57.7 kWj yang menjanjikan jarak perjalanan sehingga 380 km.

Boleh Cas Di Rangkaian Tesla Supercharger

image is not available

Toyota turut mengumumkan bahawa model baharu bZ kini menyokong sistem pengecasan Ameria Utara (NACS) Tesla. Ini membolehkan pemilik bZ di AS mengakses rangkaian Tesla Supercharger di seluruh Amerika Utara. Menurut Toyota, pengecasan dari 10% ke 80% hanya mengambil masa sekitar 30 minit.

Bila Ketibaannya Di Malaysia?

image is not available

Toyota bZ dijangka mula dijual di Amerika pada separuh kedua tahun ini. Harga rasmi masih belum diumumkan.

image is not available

Di Malaysia, versi sebelum facelift Toyota bZ4X pernah dipertontonkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) pada Mei 2023, dan baru-baru ini sebuah unit telah diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan (MoT) sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik.

Adakah ini petanda bZ4X bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi? Atau sudah terlambat untuk Toyota bersaing dalam pasaran EV tempatan yang kini dikuasai jenama dari China?