Toyota Research Institute dan juga Boston Dynamics kini mengumumkan kerjasama, dimana kedua-dua pihak akan berkongsi kepakaran dalam membangunkan robot berbentuk manusia. Untuk tujuan ini, ia akan mengabungkan teknologi Large Behavior Models oleh Toyota dan juga robot Atlas yang dibangunkan oleh Boston Dynamics.
Boston Dynamics sedia dikenali untuk pembangunan robotik yang boleh bergerak dalam pelbagai keadaan persekitaran dan telah memperlihatkan beberapa bentuk robot berbeza sebelum ini. Sementara untuk TRI pula mereka sedia membangunkan model-model sumber terbuka dan dataset melibatkan arena robotik dan kecerdasan buatan. Mengabungkan kepakaran ini, ia dijangka akan dapat menghasilkan robot yang boleh digunakan untuk tujuan tugasan asas.
Buat masa ini, kerjasama kedua-dua pihak ini lebih kepada memfokuskan kajian melibatkan robot berbentuk manusia. Tiada sebarang kerjasama komersil diumumkan setakat ini.





