Kesihatan merupakan tonggak utama mana-mana individu dan juga komuniti. Dengan ini, Sunway Medical Centre dan juga Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan kerjasama baru melalui sebuah program kesihatan 90 hari yang dinamakan Time To Move.

Program ini diperkenalkan untuk membolehkan segenap lapisan masyarakat, tidak kira umur dan juga tahap kesihatan mereka untuk memulakan perjalanan gaya hidup sihat mereka selama 90 hari terlebih dahulu.

Time To Move adalah untuk individu-individu berumur 18 tahun keatas yang mahu memulakan perjalanan kesihatan mereka, yang akan bermula dengan pemeriksaan kesihatan seperti ujian InBody dan juga ujian darah untuk melihat tahap kesihatan mereka. Selepas itu, mereka akan berbincang dengan pakar-pakar kesihatan di Sunway Medical Centre untuk menentukan aktiviti senaman dan sebagainya.
Membantu peserta program Time To Move ialah Samsung Malaysia, yang memberi setiap peserta seutas jam Samsung Galaxy Watch7 yang akan digunakan untuk menjejak butiran seperti aktiviti harian, kalori yang dibakar setiap hari, komposisi lemak dan otot badan dan juga kualiti tidur harian. Dengan data ini, pihak pakar kesihatan juga boleh memberi pengguna nasihat untuk bagaimana melakukan cabaran-cabaran harian.

Selain daripada itu, program Time To Move ini juga hadir dengan aktiviti berkumpulan secara berkala untuk memastikan motivasi peserta sentiasa tinggi sepanjang 90 hari ini. Pada penghujung program ini, para peserta akan melalui satu lagi ujian kesihatan untuk melihat siapakah yang akan memenangi sebuah peranti pintar Samsung Galaxy Z Flip6 dan percutian ke The Banjaran Hotsprings Retreat selama 3 hari 2 malam bernilai RM10,000.
Program ini sudahpun bermula sejak 3 Oktober 2024, dimana pihak Sunway Medical Centre mengatakan bahawa mereka telah menerima 200 pemohonan penyertaan, dimana 60 individu daripada kumpulan tersebut telah dipilih untuk menyertai program ini.


