Selepas mencatatkan masa terpantas dalam sesi Latihan semalam, Freddie Ang daripada pasukan Telagamas Toyota terus menunjukkan kejaguhannya apabila memenangi perlumbaan pertama menerusi kategori Super Sporting Class Toyota Gazoo Racing Festival, Gold Vios Championship musim kelapan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

