
TOYOTA GAZOO Racing (TGR) bersama jenama mewah Lexus melakar detik penting dunia automotif selepas memperkenalkan tiga model prestasi tinggi serba baharu iaitu GR GT, GR GT3, dan Lexus LFA Concept yang kini menjadi simbol pembangunan kereta sport masa hadapan Toyota.
Ketiga-tiga model ini dibangunkan berdasarkan falsafah “Toyota’s Shikinen Sengu”, iaitu pendekatan melestarikan kemahiran pembuatan kereta generasi terdahulu dan mewariskannya kepada generasi seterusnya, sepertimana ritual tradisi Jepun yang membina semula kuil setiap beberapa dekad.
GR GT: Flagship GR Dengan DNA Perlumbaan Tulen
GR GT tampil sebagai model flagship baharu Toyota GAZOO Racing, dibangunkan bersama barisan pemandu profesional TGR termasuk Master Driver Morizo (Pengerusi Toyota, Akio Toyoda).











Model ini menampilkan:
- Enjin 4.0L V8 twin-turbo baharu dengan sistem pelinciran dry-sump
- Rekaan FR (front-engine, rear-wheel drive) dan pusat graviti ultra rendah
- Body frame aluminium sepenuhnya – pertama kali digunakan Toyota
- Transaxle belakang, dipadankan dengan kotak gear 8-kelajuan dan motor elektrik tunggal
Pendekatan pembangunan “hone, drive to failure, and repair” menjadikan GR GT bukan sekadar laju, tetapi mudah dikawal oleh pemandu pelbagai tahap kemahiran.
GR GT3: Jentera FIA GT3 Siap Untuk Menang
Turut diperkenalkan ialah GR GT3, sebuah jentera perlumbaan spesifikasi FIA GT3 yang dibina berdasarkan GR GT.



Ciri utama:
- Casis space-frame aluminium
- Suspensi double wishbone low-mount
- Enjin 4.0L V8 twin-turbo
- Direka untuk pemandu profesional dan gentleman driver
- Fokus pada kebolehpercayaan serta kemudahan pemilikan untuk pasukan customer racing
Toyota juga merancang rangka sokongan perlumbaan yang lebih menyeluruh bagi pasukan yang akan bertanding dalam siri GT3 antarabangsa.
Lexus LFA Concept: Harapan Baharu Supercar BEV Jepun
Menghormati warisan Lexus LFA yang ikonik, LFA Concept muncul sebagai calon supercar elektrik penuh (BEV) yang mensasarkan prestasi lebih tinggi berbanding jangkaan pelanggan.
Model konsep ini:
- Dibangunkan seiring dengan GR GT & GR GT3 di bawah satu falsafah
- Memfokuskan keseimbangan aerodinamik, reka bentuk dan pengendalian
- Mencabar persepsi bahawa BEV sport masih belum matang












Lexus menggunakan teknologi dan kemahiran pembuatan tradisional yang diperturunkan, seterusnya memacu masa depan kereta sport elektrik premium.
Ketiga-tiga model ini (GR GT, GR GT3 dan Lexus LFA Concept) bukan sekadar model baharu, tetapi titik evolusi penting dalam strategi Toyota untuk meneruskan legasi 2000GT dan LFA sebagai ikon sports car Jepun. Maklumat lanjut akan dikeluarkan secara berperingkat oleh Toyota GAZOO Racing dan Lexus.
The post TOYOTA GAZOO Racing & Lexus Umum GR GT, GR GT3 dan LFA Concept – Barisan Flagship Baharu Era “Shikinen Sengu” appeared first on TW Media.


