
Bangkok, 23 November 2025 – Edisi 2025 TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Asia Esports GT Championship mempertontonkan antara perlumbaan paling taktikal sejak penganjurannya, apabila pelumba Indonesia, Andika Rama Maulana, menamatkan tiga perlumbaan dengan kelebihan jelas dari segi pengurusan tayar, konsistensi pace dan kepintaran pit stop.
Mengumpul 74 mata, Andika bukan sahaja muncul Juara Individu, malah membantu Indonesia mengesahkan Kejohanan Negara dengan jumlah 169 mata, meninggalkan Malaysia (151 mata) serta Singapura (93 mata).
Andika dan rakan senegara, Moreno Pratama, menunjukkan keupayaan pace yang stabil sepanjang ketiga-tiga litar. Perlumbaan Watkins Glen dan Suzuka menjadi bukti dominasi mereka apabila kedua-duanya menduduki 1-2 finish.
Malaysia turut mencuri tumpuan melalui Chong Kai Chang, yang layak berada di tempat ketiga keseluruhan selepas dua perlumbaan comeback yang sangat tepat susunannya—terutamanya di Watkins Glen.
SOROTAN PERLUMBAAN: DINAMIK LITAR & STRATEGI
SUZUKA – Hujan Lebat, Tayar Berbeza, Pace Tidak Menentu
Perlumbaan pembuka tirai berlangsung dalam hujan yang menukar lanskap strategi pit stop, terutama apabila ramai pelumba cuba memanjangkan stint tayar hujan. Malaysia bermula agresif apabila Taj Aiman mendahului awal, namun degradasi tayar memaksa beliau berundur.
Kombinasi pace kering + basah milik Andika memberi kelebihan besar menjelang hujung perlumbaan.
Keputusan:
- 1st – Andika Rama Maulana (IND)
- 2nd – Moreno Pratama (IND)
- 3rd – Chong Kai Chang (MY)
INTERLAGOS – 21 Pusingan, Format Tiga Pemandu & Pertukaran Wajib
Interlagos memperkenalkan format full team endurance dengan dua pertukaran pemandu wajib menggunakan GR010 Hybrid. Perubahan siang ke malam menambah cabaran kepada pengurusan tenaga hibrid dan tayar.
Malaysia tampil sebagai pasukan paling seimbang dari segi pit timing dan pace keseluruhan, membuat keputusan pit yang tepat ketika Indonesia dan Singapura masuk secara serentak.
- Malaysia memenangi perlumbaan ini dengan kelebihan margin masa yang kukuh.
WATKINS GLEN – Jurang Sangat Rapat, Strategi Pit Menentukan Pemenang
Perlumbaan 14 pusingan di Watkins Glen menyaksikan hampir semua pelumba berada dalam jarak kurang satu saat antara satu sama lain. Malaysia mencuba taktik early stop, namun pilihan tayar soft tidak bertahan lama, memaksa hentian tambahan.
Indonesia mengambil kesempatan itu untuk merampas semula kelebihan pace.
- Andika Rama Maulana memenangi perlumbaan
- Moreno Pratama mengekori rapat
- Chong Kai Chang melakukan comeback terbaik hari tersebut, naik dari P7 ke P3 selepas pit kedua
SUARA DARI LITAR MAYA:-
Andika Rama (Juara)
“Kami fokus kepada race pace dan adaptasi terhadap perubahan litar. Setiap keputusan pit adalah berdasarkan data dan keadaan semasa.”
Moreno Pratama (Naib Juara)
“Persaingan amat ketat. Perlumbaan tahun ini memerlukan reaksi pantas pada setiap pusingan.”
Chong Kai Chang (Tempat Ketiga)
“Podium pertama di Asia menjadi motivasi untuk kembali lebih kuat. Watkins Glen adalah perlumbaan terbaik saya musim ini.”
ANUGERAH KHAS
- Driver of the Day: Andika Rama
- Best Racecraft Driver: Chong Kai Chang
- Fastest Race Pace: Fadtris Isa
STRUKTUR MATA & HADIAH
Individu
- Andika Rama Maulana – 74 mata – USD 8,000
- Moreno Pratama – 62 mata – USD 4,500
- Chong Kai Chang – 59 mata – USD 3,000
Negara
- Indonesia – 169 mata – USD 8,000
- Malaysia – 151 mata – USD 4,500
- Singapura – 93 mata – USD 3,000
Edisi 2025 membuktikan bahawa e-Motorsports bukan sekadar perlumbaan simulasi, tetapi platform pembangunan bakat yang memerlukan pemahaman teknikal mendalam daripada pengurusan tayar, penggunaan sistem hibrid, adaptasi cuaca, hinggalah strategi pit multi-lap.
Indonesia mendominasi dari aspek strategi dan konsistensi, sementara Malaysia membuktikan mereka pesaing paling stabil dalam perlumbaan endurance.
The post Toyota Gazoo Racing Asia eSports GT Championship 2025: Pertarungan Asia Paling Teknikal: Indonesia Unggul, Malaysia Berjuang Habis-Habisan di Interlagos appeared first on TW Media.



