Toyota Urban Cruiser Dihidupkan Semula?

16 Dec 2024 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota kini mengembangkan lagi barisan SUV di pasaran Eropah apabila ia kini menghidupkan semulaToyota Urban Cruiser.

Bagi yang tidak tahu, Urban Cruiser sebenarnya dijenamakan daripada Suzuki Vitara Brezza tetapi mengekalkan reka bentuk yang biasa digunakan oleh model Toyota yang lain.

image is not available

Urban Cruiser dilihat membawakan rekaan muka signatur jerung hammerhead terbaharu Toyota selain menampilkan lampu LED bentuk C serta dilengkapi dengan lapisan bawah badan berwarna hitam dengan bumbung gelap.

Dari segi dimensi, Urba Cruiser berukuran 4,285 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,640 mm tinggi, manakala jarak roda pula 2,700 mm.

image is not available

Walaupun saiznya kelihat kecil namun Toyota mendakwa Urban Cruiser EV mempunyai kabin yang paling luas berbanding pesaing yang berada di bawah segmennya.

image is not availableimage is not available

.Dengan jarak roda yang panjang, tempat duduk belakang Urban Cruiser EV sebenarnya boleh direbahkan dan ruang butnya boleh bertambah luas.

Menyentuh mengenai ciri-ciri teknologinya, SUV elektrik ini hadir dengan skrin infotainmen bersaiz 10.1 inci yang disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ada juga instrumen digital dengan skrin 10.25-inci, bantuan ADA, termasuk sistem audio premium JBL dan bumbung panaromik.

image is not available

Seperti mana disebutkan tadi, EV Urban Cruiser baharu adalah berasaskan Suzuki e-Vitara, jadi ia dibangunkan berdasarkan platform EV khusus yang sama dan boleh didapati dalam tiga varian.

Varian FWD menggunakan motor tunggal dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 124 hp (106 kW dan menggunakan pek bateri 49-kWj, manakala model FWD spesifikasi pertengahan pula mendapat bateri berkapasiti 61 kWj yang mana varian ini boleh menghasilkan kuasa setakat 172 HP (128 kW).

image is not available

Sementara itu, varian paling tinggi, AWD (motor berkembar) pula disumbat dengan bateri berkapasiti 61-kWj. Varian ini boleh menghasilkan kuasa setakat 182 hp (135 kW).

Buat masa ini, harganya masih belum didedahkan tetapi Toyota Eropah mengesahkan bahawa SUV EV baharu ini akan membuat penampilan pertamanya pada Pameran Motor Brussels 2025 pada Januari nanti.

View Original Article