TPM Fadillah Ke Thailand, Kukuh Kerjasama Tenaga Bersih & Air Mampan Demi Rakyat

21 May 2025 • 3:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof (TPM Fadillah), memulakan lawatan kerja rasmi empat hari ke Thailand bermula hari ini hingga 24 Mei 2025.

TPM Fadillah ke Thailand dengan beberapa misi penting

Lawatan ini memberi tumpuan kepada kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh baharu, keselamatan tenaga dan pengurusan air secara mampan, seiring dengan agenda Malaysia MADANI.

“Lawatan ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam mendukung agenda peralihan tenaga negara dan menjayakan aspirasi Malaysia MADANI melalui komitmen memastikan rakyat mendapat manfaat daripada sistem tenaga dan air yang bersih, lestari dan berpatutan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

image is not available

TPM Fadillah akan bertemu dengan Menteri Tenaga Thailand

Antara atur cara utama termasuk kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Tenaga, serta lawatan ke Pejabat Sumber Air Kebangsaan.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada kerjasama rentas sempadan dalam pembangunan tenaga bersih dan pengurusan air industri.

image is not available

Selain itu, sesi taklimat dan jaringan industri bersama syarikat TTM (Thailand) yang dihoskan PETRONAS turut dijadualkan, bertujuan membuka peluang pelaburan dua hala dan merancakkan projek tenaga serantau.

Beliau juga akan melawat loji rawatan air dan kitar semula, selain menghadiri majlis ramah mesra bersama komuniti diaspora Malaysia dan sesi makan malam bersama pihak industri tenaga Thailand.

image is not available

Artikel lain: TPM Fadillah Pimpin Misi PETRA Perkukuh Kerjasama Tenaga Global Ke 2 Negara

Lawatan ini diyakini mampu memacu kedudukan strategik Malaysia dalam landskap tenaga ASEAN, serta memperkukuh daya saing negara dalam sektor tenaga dan air yang mampan, inovatif dan berteraskan kepentingan rakyat.

Ia sekaligus meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih strategik dalam lanskap tenaga ASEAN.