TPM Pertama Dari Borneo, Ini 5 Menteri Dari Sarawak Sandang Jawatan Dalam Kabinet Anwar

3 Dec 2022 • 1:51 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kelima-lima ahli parlimen Sarawak yang terpilih adalah wakil GPS.

TPM Pertama Dari Borneo, Ini 5 Menteri Dari Sarawak Sandang Jawatan Dalam Kabinet Anwar. Setelah rasmi diumumkan kabinet baharu Kerajaan Perpaduan, terdapat lima Ahli Parlimen dari Sarawak yang dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri terdiri daripada wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sejarah baharu telah dilakar apabila Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Borneo untuk memegang jawatan tersebut.

image is not available
TPM Pertama Dari Borneo, Ini 5 Menteri Dari Sarawak Sandang Jawatan Dalam Kabinet Anwar

Dilantik sebagai seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri

Pelantikan beliau telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media pengumuman barisan kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pada malam Jumaat.

Fadillah, berusia 60 tahun dilantik sebagai seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Kerajaan Perpaduan dan beliau merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang turut memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komodiiti.

image is not available

Wakil GPS lain yang dilantik sebagai Jemaah Menteri

Wakil GPS lain yang dilantik sebagai Jemaah Menteri adalah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Datuk Aaron Ago Dagang sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Dalam masa yang sama, dua Ahli Parlimen dari Sabah telah dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri iaitu Datuk Ewon Benedick daripada PH yang menerajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Datuk Armizan Mohd Ali daripada GRS pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).