TPM Zahid Mahu UMNO Negeri Sembilan Mula Gerak Dari Sekarang Hadapi PRN

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 10:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

TPM Zahid Mahu UMNO Negeri Sembilan Mula Gerak Dari Sekarang Hadapi PRN

TPM Zahid Mahu UMNO Negeri Sembilan Mula Gerak Dari Sekarang Hadapi PRN

Jentera UMNO di Negeri Sembilan diminta supaya tidak berlengah dan mula mengatur gerak kerja lebih awal bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  berkata, kekuatan akar umbi menjadi kunci utama untuk memastikan parti itu kembali meraih keyakinan rakyat.

Menurut beliau, semangat yang ditunjukkan oleh seluruh jentera dan ahli UMNO Negeri Sembilan memberi isyarat bahawa perjuangan parti itu masih kukuh dan perlu terus diperkasakan.

“Bersama lautan merah keluarga besar UMNO Negeri Sembilan yang hadir membawa semangat yang sama yakni terus memperkukuh perjuangan demi rakyat di negeri ini.

Baca juga:

“Insya-Allah, saya percaya selagi akar umbi terus teguh berdiri, selagi itulah obor perjuangan akan terus marak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pagi tadi.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai banyak masa dan perlu mula bekerja keras dari sekarang bagi memastikan rakyat kembali melihat gabungan itu sebagai pilihan terbaik.

Katanya, usaha mendekati rakyat perlu dilakukan secara berterusan dengan penuh keikhlasan selain membina semula keyakinan melalui kerja yang konsisten.

“Apabila hati bersatu dan langkah sehaluan, UMNO dan BN akan kembali melakar kepercayaan rakyat demi masa depan negeri beradat ini,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved