“TQ anak-anak, berpanas kita demi video pre-wedding mummy & daddy” – Watie

Entertainment
8 Jun 2023 • 12:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi momen ketika menjalani sesi penggambaran bagi menghasilkan video pra-perkahwinan mereka.

Menerusi aplikasi TikTok, akaun @imyoursbestie memuat naik beberapa video memaparkan empat orang cahaya mata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad turut menjayakan sesi penggambaran tersebut.

Dalam salah satu video berkenaan, Watie yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Mummy’ meluahkan rasa penghargaan terhadap Uwais Alqarani, 12, Dzahira Talita, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2, kerana sanggup berpanas di lokasi penggambaran.

“Terima kasih anak-anak, berpanas kita demi video pra-perkahwinan Mummy & Daddy,” tulis Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen netizen memuji sifat keibuan dan penyayang dimiliki oleh wanita berusia 35 tahun itu yang memberi layanan sangat baik terhadap anak-anak Shuib.

Pada masa sama, segelintir individu mendoakan agar rumah tangga yang bakal dibina pasangan berkenaan dipermudahkan serta kekal bahagia hingga ke syurga.

Sekarang baru nampak Watie ni sesuai jadi ibu

image is not available

Doakan jodoh mereka panjang

image is not available

Shuib pun berhak bahagia

image is not available

Watie nampak penyayang

image is not available

Moga dipermudahkan urusan mereka!

image is not available

Nampak sifat keibuan tu

image is not available

Terdahulu, Watie dan Shuib selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 6 Mei lalu.

Shuib sebelum ini berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 namun arwah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat wabak COVID-19.

Sumber: TikTok @imyoursbestie