Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama sempena Deepavali

8 Nov 2026 • 1:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan tengah hari ini bersempena sambutan Deepavali.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), keadaan itu melibatkan beberapa laluan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

“Berdasarkan pemantauan setakat pukul 11.47 pagi ini, trafik di PLUS arah utara bergerak perlahan dari Bandar Ainsdale menuju ke Nilai.

“Keadaan sama turut dilaporkan di KLK arah timur dari sebelum Plaza Tol Gombak hingga ke Genting Sempah,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Menurut LLM, aliran trafik di LDP arah utara turut bergerak perlahan di dua lokasi iaitu dari Puchong Utama ke Puchong Perdana serta Taman Megah ke SS2.

Sementara itu, trafik di SKVE arah timur dilaporkan perlahan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menuju ke Hospital Serdang.

LLM turut memaklumkan sebanyak 32 lorong pintar diaktifkan di lebuh raya utama seluruh negara bersempena musim perayaan bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.

Sehubungan itu, LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dan sentiasa memberikan tumpuan ketika memandu.

“Sila rancang perjalanan anda dan sentiasa fokus pada pemanduan. Pastikan mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan serta jangan lupa untuk memberi isyarat sebelum menukar lorong.

“Semak baki kad debit, kad Touch ‘n Go atau e-dompet anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi laman sesawang rasmi LLM di www.llm.gov.my, saluran media sosial rasmi agensi itu serta aplikasi TUJU. – UTUSAN

The post Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama sempena Deepavali appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved