Trafik Sesak di LDP, Rupanya Ada Lelaki Bogel Jalan Kaki Tengah Lebuh Raya

Entertainment
25 Nov 2022 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengguna lebuh raya pasti sudah biasa mengharungi kesesakan lalu lintas, lagi-lagi kalau waktu kemuncak semasa semua orang berpusu-pusu untuk pergi ke kerja ataupun pulang ke rumah masing-masing.

Tapi, kadang-kadang ada juga kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh kemalangan ataupun perkara lain. Tapi korang pernah jumpa ke lelaki yang bogel jalan dekat highway? Tu pun boleh menyebabkan jammed juga tu.

Orang awam yang menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada pagi, Khamis (24 November) dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang sedang berjalan kaki tanpa seurat benang di tubuhnya.

image is not available

Rakaman video 12 saat yang memaparkan pejalan kaki bogel itu telah tular di laman Twitter dan dipercayai lelaki tersebut mengalami masalah mental, lapor mStar.

“Punca jem di LDP today dibawa oleh…. #MentalHealthMatters,” tulisnya di ruangan kapsyen ciapan itu.

Mungkin dia mempunyai penyakit mental

image is not available

Dalam pada masa yang sama, seorang lagi saksi yang melalui lebuh raya berkenaan untuk ke tempat kerja turut berkongsi pengalamannya menerusi Instagram story.

Menurut saksi, mungkin lelaki tersebut mempunyai penyakit mental hingga menyebabkan dia sanggup melakukan aksi sedemikian.

“Kesian awak sakit, might be you sick,” tulisnya.

Dapatkan bantuan…

Kepada siapa-siapa yang memerlukan bantuan mengenai kesihatan mental boleh menghubungi Befrienders di 03-7627 2929 atau boleh layari laman web di www.befrienders.org.my.

Selain itu, kepada orang awam yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesihatan mental boleh rujuk laman web www.mmha.org.my.

Ini rupanya sebab LDP jammed semalam…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.