Trafik terhalang, jemaah solat Jumaat tengah jalan raya

10 Nov 2026 • 7:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trafik terhalang, jemaah solat Jumaat tengah jalan raya

JAKARTA – Tindakan sekumpulan jemaah menunaikan solat Jumaat sehingga memenuhi sebahagian besar laluan jalan raya di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia mencetuskan perhatian ramai selepas tular di media sosial baru-baru ini, lapor saluran berita Radar Kediri.

Kejadian yang berlaku di Desa Bengkel, Mukim Labuapi baru-baru ini menyebabkan lalu lintas terhenti sepenuhnya apabila penunggang motosikal dan pemandu kenderaan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Menerusi rakaman video yang beredar, para jemaah dilihat membentangkan sejadah dan solat  di atas jalan raya sehingga tiada ruang berbaki untuk kenderaan melintas. 

Situasi tersebut memaksa pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan masing-masing dan menunggu sehingga keseluruhan ibadah selesai dilaksanakan. – AGENSI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved