“Patutlah saya makan ubat tahan sakit tak berhenti” – Ustaz Wadi Annuar Dedah Tulang Rusuk Patah Empat

LocalHealth & Fitness
6 Nov 2026 • 12:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft wadi annuar

Baru-baru ini, berita mengenai keadaan kesihatan Ustaz Wadi Annuar selepas terbabit dalam nahas jalan raya pada 22 Oktober lalu nyata meruntun hati ramai pengikutnya.

Menerusi satu siaran langsung di media sosial, pendakwah berusia 43 tahun itu mendedahkan kecederaan yang dialami sebenarnya jauh lebih serius daripada apa yang disangkakan sebelum ini.

Menurut Ustaz Wadi, beliau masih menanggung kesakitan berpanjangan pada bahagian rusuk dan belakang badan walaupun insiden kemalangan tersebut sudah lebih dua minggu berlalu.

Disebabkan rasa sakit yang tak kunjung reda, beliau terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit setiap hari hinggalah mengambil keputusan untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Keputusan imbasan tersebut nyata mengejutkan apabila mendapati empat bahagian tulang rusuknya patah, manakala bahagian belakangnya pula mengalami kecederaan patah di lima tempat.

“Saya sakit pada dua tempat pada badan 14 hari masih tidak lega. Saya makan ubat tahan sakit setiap hari. Saya tak pernah makan ubat tahan sakit sebanyak itu.

“Tadi saya pun pergi hospital, ingin tahu punca kenapa sakit dua tempat, rusuk dengan belakang berhampiran pinggul.”

“Saya minta buat CT scan sebab X-ray di hospital tempoh hari tak nampak apa. Bila CT scan tadi, rupanya patah empat di sini.”

“Rusuk ini patah empat, di belakang pun patah juga lima tempat. Patutlah saya makan ubat tahan sakit tak berhenti. Ini pun masih sakit, malah batuk pun sakit,” katanya.

Meskipun terpaksa menahan perit sakit fizikal, Pengerusi dan Pengetua Akademik Darul Iftak, Sungai Petani ini tetap berlapang dada dan reda dengan takdir yang menimpa dirinya.

Beliau sempat berkongsi amalan doa yang menjadi penguat semangatnya setiap kali diuji dengan dugaan bertimpa-timpa.

“Doa ini mempunyai lapan faedah, lapan dalam satu.”

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU daripada rasa gelisah (cemas) dan rasa sedih, aku berlindung kepada-MU dari kelemahan dan sifat malas, aku berlindung kepada-MU daripada sifat pengecut dan kedekut dan aku berlindung kepada-MU dari beban hutang serta penindasan orang lain.”

“Saya diuji tak henti. Jika ujian semalam masih belum habis, diuji lagi, saya akan ulang baca doa ini.”

“Alhamdulillah. Tuhan yang menciptakan keresahan, Tuhan yang sama juga yang menciptakan ketenangan. DIA bagi ketenangan.”

Untuk rekod, Ustaz Wadi bersama beberapa kakitangannya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan di Gerik, Perak pada 22 Oktober lalu. Sama-sama kita doakan agar Ustaz Wadi Annuar diberikan kesembuhan segera dan kembali sihat seperti sediakala.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved