Tragedi Aidilfitri, 3 Lelaki Pakistan Maut Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Menunaikan Solat Sunat

11 Apr 2024 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hajat 3 orang lelaki warga Pakistan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bertukar menjadi tragedi setelah dirempuh oleh pemandu kereta positif ganja di KM16 Jalan Teluk Intan-Bidor pagi semalam.

Menurut laporan MalaysiaKini, ketiga-tiga warga Pakistan tersebut disahkan meninggal dunia manakala pemandu yang berusia 36 tahun kini ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi.

“Tiga lagi mangsa parah dan sedang dirawat di hospital. Kesemua mereka adalah pekerja asing dengan permit sah di negara ini.

“Pemandu adalah warga tempatan berusia 36 tahun dan punca kejadian akibat hilang kawalan sehingga merempuh enam pejalan kaki berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.