Gudang kereta potong di Jalan Chan Sow Lin terbakar

20 Nov 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Gudang kereta potong di Jalan Chan Sow Lin terbakar

PETALING JAYA: Usaha memadamkan kebakaran sebuah premis yang dipercayai gudang kereta potong di Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi, dekat sini masih giat dijalankan pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurut PGO JBPM Kuala Lumpur, operasi pemadaman masih diteruskan berikutan api yang masih marak.

Beberapa jentera bomba serta sebuah ambulans turut dilihat berada di lokasi kejadian bagi membantu operasi berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, maklumat lanjut berhubung keluasan kawasan yang terbakar, punca kejadian serta kemungkinan terdapat mangsa masih belum diperoleh.

Terdahulu, beberapa gambar dan rakaman video memaparkan kejadian kebakaran itu tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Gambar yang dikongsikan menerusi aplikasi Threads menunjukkan kepulan asap hitam tebal menjulang ke udara manakala anggota bomba dilihat bertungkus-lumus menjalankan operasi memadamkan kebakaran.-UTUSAN

The post Gudang kereta potong di Jalan Chan Sow Lin terbakar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved