Tragedi awal pagi, ibu dan anak ditemukan rentung

20 Nov 2026 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tragedi awal pagi, ibu dan anak ditemukan rentung
Dua mangsa dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja, Batu Pahat, awal pagi Jumaat.

BATU PAHAT – Dua mangsa dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Parit Raja di sini awal pagi Jumaat.

Kedua-dua mangsa ditemukan di bilik utama rumah berkenaan selepas kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur kediaman jenis separuh kekal itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Abd Rahim Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Lorong Hajah Aminah pada jam 2.50 pagi.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam tiba di lokasi pada jam 3.13 pagi sebelum bantuan BBP Penggaram turut digerakkan.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan 40 x 70 kaki.

"Tindakan pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran pemadaman dengan sumber air daripada tangki pam jentera BBP Ayer Hitam dan BBP Penggaram," katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, dua mangsa ditemukan rentung di bilik utama rumah berkenaan dan dipercayai mempunyai hubungan ibu dan anak.

Bagaimanapun, identiti, jantina serta umur kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 3.20 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.18 pagi.

Kes kemudian diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut selepas keadaan lokasi dipastikan selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved