
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen meluangkan masa bersama dua anak tirinya, Ayden dan Ara.Menerusi hantaran di Instagram Team Saddiq, Syed Saddiq dilihat begitu mesra dan tidak kekok melayan kerenah kedua-dua kanak-kanak itu meskipun tanpa kehadiran isteri, Bella Astillah.Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq turut dilihat meluangkan masa bersama Ayden dan Ara dengan membawa mereka melakukan aktiviti berenang dan meluangkan masa di kolam air panas bersama."Dah habis mandi kena mandi lagi! 😙," tulis Team SaddiqPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat keakraban Syed Saddiq bersama Ayden dan Ara.Malah, ada juga yang memuji sikap penyayang Ahli Parlimen itu selain menyifatkan kedua-dua anak Bella tidak kekok apabila bersama dengannya."Daddy daddy ye Ara senang je jaga Ara dengan Ayden. Bagi penat-penat swimming kemudian makan kenyang, lena tidur malam."Alhamdulillah, bahagia anak-anak dengan daddy."Senang daddy jaga, bagi je main air."Not only Ironman, he's the best daddy too!"Suka tengok YB layan anak-anak. Dah nampak macam YB ni dah lama kahwin dengan Bella dan itu anak-anak mereka dari awal perkahwinan. It's like real family."Bertuah betul dapat daddy yang penyayang, anak-anak pun tak kekok," komen netizen.Terdahulu, Syed Saddiq mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 10 Oktober lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.Syed Saddiq dan Bella turut mengadakan beberapa majlis resepsi serta kenduri rakyat di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah bagi meraikan penyatuan mereka bersama keluarga serta kenalan terdekat.






