Tragedi Batang Kali: 4 Mayat Mangsa Berjaya Ditemui Pagi Ini

22 Dec 2022 • 11:45 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mayat seorang lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, ditemui pagi tadi.

image is not available

Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerusi Facebook.

image is not available

Bomba berkata, mayat itu ditemui pada 10.39 pagi sekali gus menjadikan korban kejadian tanah runtuh kini meningkat kepada 27 orang. Pasukan penyelamat sedang mencari enam lagi mangsa dalam tanah runtuh itu.

Pada 11.39 pagi, pihak Nadma telah memberi update terkini bahawa 4 lagi mayat mangsa berjaya ditemui. Jumlah mayat mangsa yang ditemui setakat ini adalah 30. 4 mayat itu membabitkan 2 orang kanak-kanak perempuan, 1 orang wanita dewasa dan 1 orang lelaki dewasa yang ditemui di Sektor C iaitu di sekitar kawasan River Side. Mangsa hilang pula 3 orang.

Tahniah buat para petugas SAR, salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat.