Tragedi Di Pantai Sura Tengah: Lelaki Lemas Ketika Cuba Selamatkan Kakak

2 Jan 2026 • 1:05 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

DUNGUN – Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan kakaknya berakhir tragedi apabila mayat Mohd. Fazir Shafie, 37, ditemui terdampar di Pantai Sura Tengah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Samsuddin berkata, mayat mangsa ditemui sekitar jam 12.35 pagi, selepas kira-kira 14 jam operasi pencarian dijalankan.

Menurutnya, mayat Mohd. Fazir ditemukan di kawasan persisir pantai, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memaklumkan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Hilang Dibawa Ombak Besar

Sebelum ini, Mohd. Fazir dilaporkan hilang selepas dipercayai dibawa ombak besar ketika cuba menyelamatkan kakaknya, Nor Baizura Shafie, 39, yang lemas ketika mandi di Pantai Sura Tengah.

Mayat Nor Baizura telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 10.54 pagi semalam, sekali gus mengesahkan tragedi menyayat hati yang menimpa keluarga berkenaan. – The Malaysian Update

The post Tragedi Di Pantai Sura Tengah: Lelaki Lemas Ketika Cuba Selamatkan Kakak appeared first on The Malaysian Update.