Tragedi Feri Karam Di Bali: Seorang Rakyat Malaysia Dilapor Maut

11 Jul 2025 • 1:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasukan Identifikasi Mangsa Bencana (DVI) Polis Daerah Jawa Timur telah mengenal pasti tiga daripada empat mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal karam KMP Tunu Pratama Jaya, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Seorang rakyat Malaysia disahkan maut

Menurut Ketua Subdirektorat Kedokteran Kepolisian Polda Jawa Timur, Adam Bimantoro, mangsa warga Malaysia dikenali sebagai Fauzey Awang, 58 tahun, selepas proses pengecaman berdasarkan data perubatan serta barangan peribadi milik mangsa seperti dompet dan kad pengenalan.

image is not available

Dua lagi mangsa yang berjaya dikenal pasti ialah Noval Hardiansyah, 15, dari Desa/Kecamatan Singojuruh, Kabupaten Banyuwangi, serta Sofyan Wibowo, 18, dari Kecamatan Susukan, Kabupaten Banjarnegara, Jawa Tengah.

Pengecaman dilakukan melalui pemeriksaan perubatan, termasuk rekod pergigian dan barangan milik peribadi.

Bagaimanapun, satu lagi mayat yang ditemui masih belum dikenal pasti.

Jenazah wanita itu ditemui di Pantai Plengkung, kawasan Taman Nasional Alas Purwo, Kecamatan Tegaldlimo, Banyuwangi, pada Khamis (10 Julai), dengan memakai seluar pendek jeans berwarna biru.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Setakat malam Khamis lalu, iaitu hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, seramai 15 mangsa disahkan meninggal dunia termasuk seorang rakyat Malaysia, termasuk satu yang masih dalam proses identifikasi. Sebanyak 30 mangsa dilaporkan selamat, manakala 20 lagi masih belum ditemui.

Kapal feri KMP Tunu Pratama Jaya dilaporkan karam pada Rabu, 2 Julai lalu di perairan Selat Bali. Kapal berkenaan membawa 53 penumpang, 12 anak kapal, serta 22 unit kenderaan.

Sumber: Harian Metro