Tragedi Itaewon: Netizen Dakwa Ada Rakyat Malaysia Jadi Korban, Meninggal Akibat Organ Pecah?

31 Oct 2022 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu, sambutan Halloween yang diadakan secara besar-besaran di Itaewon, Seoul, Korea telah bertukar menjadi tragedi apabila dilaporkan lebih 150 orang maut akibat rempuhan di sana.

Perkara ini berlaku dikatakan ekoran kawasan sambutan yang sempit dan tak boleh memuatkan ramai orang namun hampir 100 ribu orang telah datang untuk menyambut acara tersebut.

Rakyat Malaysia turut menjadi korban?

Namun begitu, satu tangkap layar telah tular di media sosial mengatakan salah seorang rakyat Malaysia turut menjadi korban tragedi tersebut.

Dalam kenyataan itu, seorang rakyat Korea mengatakan bahawa rakannya yang merupakan pelancong dari Kuala Lumpur telah tiba di Korea pada 26 Oktober lalu dan dijadualkan akan pulang ke Malaysia esok, 1 November.

image is not available

Bagaimanapun, rakannya ini tak dapat dihubungi selepas tragedi Itaewon tersebut dan mesej terakhir yang diterima adalah dia tak dapat berjumpa kerana akan menghadiri parti Halloween.

Kenyataan ini juga turut mendakwa bahawa rakannya itu telah meninggal dunia akibat organ pecah kerana dipijak ketika rempuhan di Itaewon berlaku.

Kami minta polis sahkan identiti dan meminta agar mereka memberitahu kerajaan Malaysia dan keluarga dia di Malaysia, tapi polis di sini tak buat apa-apa tindakan.

“Polis telah masuk ke hotel kawan saya dan periksa pasport serta kad kreditnya, tapi masih belum menghubungi kerajaan Malaysia.”

Namun begitu, terdapat juga satu mesej tular mengatakan bahawa mayat ini telah pun dihantar ke keluarganya.

Mayat kawan saya telah pun dihantar ke keluarganya. Ia mengambil masa lambat sehari berbanding kematian warga asing yang lain dan terdapat beberapa konflik dengan pihak berkuasa.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Luar Bandar dan Kedutaan Malaysia atas bantuan mereka.”

Semalam, Menteri Luar Bandar Datuk Seri Saifuddin Abdullah telah menzahirkan rasa simpati kepada kerajaan Korea Selatan atas tragedi yang menimpa mereka dan mengatakan bahawa beliau akan terus memantau keadaan yang berlaku di sana.

Apa-apa pun kita doakan semuanya baik-baik sahaja dan ada penjelasan dari pihak berkuasa dalam masa terdekat ni.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.