Tragedi Kepala Air, Mayat Mangsa Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat Sematan Akhirnya Ditemui

13 Apr 2024 • 10:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa ditemui penduduk kampung pagi ini

Tragedi Kepala Air, Mayat Mangsa Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat Sematan Akhirnya Ditemui. Dipetik daripada Astro Awani, mangsa yang hilang dalam tragedi kepala air di kawasan air terjun Kampung Sebat, Sematan telah ditemui meninggal dunia pada pagi ini.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, mayat mangsa Steven Chai Pok Yee berusia 20 tahun, ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung, sekitar jam 7.15 pagi Sabtu.

image is not available
Tragedi Kepala Air, Mayat Mangsa Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat Sematan Akhirnya Ditemui. Sumber foto: Sinar Harian

Kepala air tiba-tiba muncul

Dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang semalam (Jumaat), Steven dan beberapa rakannya yang lain sedang beriadah di kawasan air terjun terkenal itu, sebelum dihanyutkan kepala air yang tiba-tiba muncul.

Tiga rakannya yang lain berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Namun seorang daripada rakannya, Vincent Tiong Kung Cheng berusia 20 tahun kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh paramedik Klinik Kesihatan Sematan, yang hadir ke lokasi. Kedua-dua mangsa yang maut ini berasal dari Kota Samarahan.

image is not available
Sumber foto: Sinar Harian

Air Terjun Kampung Sebat

Air Terjun Kampung Sebat, yang terletak di Kampung Sebat Dayak, kira-kira 100 kilometer dari bandar raya Kuching merupakan kawasan tarikan pelancongan dan riadah yang semakin popular.

Oleh demikian, buat orang ramai di luar sana yang ingin melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun diharap agar sentiasa berhati-hati.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: